Saturday, November 28, 2009

Keputusan UPSR 2009

Pelajar Terlibat : 4 Orang
Peratus Kelulusan Keseluruhan : 50 % ( meningkat )
Peratus Kelulusan Bahasa Melayu 1 : 100 %
Peratus Kelulusan Bahasa Melayu 2 : 100 %
Peratus Kelulusan Bahasa Inggeris : 75 %
Peratus Kelulusan Matematik : 100 %
Peratus Kelulusan Sains : 75 %

Anugerah Cemerlang SK Kapulu 2009

Anugerah Khas Tahun 6 : Suhaina
Anugerah Khas Tahun 6 : Sairim

Anugerah Khas Tahun 6 : Jufiani
Anugerah Khas Tahun 6 : Jamin

Anugerah Khas Tahun 6 diberikan kepada pelajar tahun 6 yang berjaya menamatkan pembelajaran selama 6 tahun di peringkat sekolah rendah.


Pelajar Cemerlang Tahun 5 : Nelly
Pelajar Cemerlang Tahun 4 : Linda


Pelajar Cemerlang Tahun 3 : Nazerah
Pelajar Cemerlang Tahun 2 : Suzana

Pelajar Cemerlang Tahun 1 : Merry Anne

Lawatan Ke Kota Kinabalu

Pada 6 dan 7 Oktober 2009, 4 orang guru-guru dan pelajar-pelajar tahap 2 SK Kapulu telah melawat beberapa tempat di Kota Kinabalu. Tujuan lawatan adalah untuk membuka minda para pelajar pedalaman untuk melihat dunia luar yang lebih maju berbanding kampung tempat mereka tinggal. Antara tempat yang dilawati ialah Muzium, Pantai Tanjung Aru dan Zoo.






Thursday, September 17, 2009

Sunday, September 13, 2009

Kem Motivasi 2009

Kem motivasi ibubapa dan murid 3 buah sekolah di zon ini telah berjalan dengan jayanya. Sekolah yang terlibat ialah SK Kapulu selaku tuan rumah, SK Samambu dan SK Rundum. Kem ini dihadiri oleh beberapa pegawai dari PPD Tenom termasuklah PPD Tenom iaitu EN. Ajmal Bin Jumah. Penglibatan dari PPD ini amat dialu-alukan supaya mereka dapat merasa kehidupan dikampung ini. Kem ini berlangsung selama 2 hari bermula 9 Ogos dan berakhir 10 0gos 2009. Pelbagai aktivti menarik telah dijalankan termasuklah sukaneka, ceramah dan aktiviti untuk pelajar.


Pondok Baru RMT



Hasil kerja keras ibubapa dan orang kampung akhirnya pondok baru RMT berjaya dibina bersebelahan dengan sekolah. Pondok ini dibina bagi menggantikan tempat pondok balai raya kampung yang selama ini digunakan untuk tujuan tempat masak RMT dan makan pelajar sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan orang kampung yang terlibat bagi menjayakan pembinaa pondok baru ini.

Friday, July 24, 2009

Helikopter Mendarat Di SK Kapulu

Helikopter yang membawa beberapa orang pegawai kerajaan mendarat di padang SK Kapulu. Kedatangan mereka bertujuan untuk 'Projek Cari'.

Pengumuman Kem Motivasi

Kem Motivasi
Tarikh : 9 - 10 Ogos 2009
Tempat : SK Kapulu
Sekolah Terlibat : SK Kapulu
SK Semambu
SK Rundum
*segala pengumuman tentang kem ini akan dikemaskini di blog ini*

Kedatangan Jabatan Kesihatan


-Guru-guru bergambar dengan helikopter Jabatan Kesihatan-

Pada hari khamis bersamaan dengan 23 Julai 2009, Jabatan Kesihatan telah datang ke Kampung Kapulu untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung termasuklah para pelajar sekolah. Mereka datang dengan menaiki sebuah helikopter.



RMT berjalan lancar

Rancangan Makanan Tambahan atau RMT telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah di sekolah ini. Pada mulanya pihak sekolah menghadapi masalah untuk membawa bekalan makanan ke sekolah. Namun setelah jalan dari Kemabong ke sekolah telah dibersihkan pihak sekolah telah berjaya membawa bekalan makanan ke sekolah. Semenjak bekalan makanan berada di sekolah RMT berjalan dengan lancar. Pihak sekolah telah mengupah dua orang tukang masak dari kampung ini. Mereka bertanggungjawab untuk menyediakan makanan mengikut menu harian yang telah disediakan. Antara menu yang disediakan ialah nasi, mee, bihun dan biskut.

Thursday, July 9, 2009

Lawatan Ke SK Kapulu

Pada 25 June yang lepas, pihak sekolah telah menerima pelawat dari Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Dua orang dari pihak kementerian diiringi oleh seorang ketua kampung dari daerah ini telah sampai di sini dengan menaiki kereta 4wd. Tujuan kedatangan untuk mengenal pasti lokasi sekolah yang dimaklumkan tidak dapat dikenalpasti melalui satelit. Lawatan berkenaan mengambil masa hampir 30 minit. Ini merupakan lawatan pertama yang diterima oleh pihak sekolah sepanjang tahun ini. Diharap segala tinjauan yang dilakukan akan diambil tindakan oleh pihak berkenaan demi kejayaan sekolah dan kemajuan kampung di sini.

Pertukaran Guru SK Kapulu

Pertukaran guru telah berlaku di SK Kapulu pada 1 Julai yang lepas dimana dua orang guru di sekolah ini telah ditukarkan ke sekolah lain. Guru tersebut ialah Cikgu Najwa dan Cikgu Madiha. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua orang guru ini kerana talah banyak berbakti kepada sekolah ini. Pihak sekolah juga mengucapkan semoga kedua-dua guru ini terus berbakti kepada dengan jaya dan cemerlangnya di sekolah baru.
Dengan pertukaran guru-guru ini, SK Kapulu juga telah menerima dua orang guru baru iaitu Cikgu Nazri dan Cikgu Rondof. Semoga kedua-dua guru baru ini dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah ini.

Friday, June 12, 2009

Soalan Peperiksaan

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Bagi Subjek Matematik SK Kapulu.
kilk pada link di bawah untuk muat turun

http://www.mediafire.com/?ajr43bzae4x - Kertas 1 ( tahun 5 )

http://www.mediafire.com/?bsbxxzw0tlg - kertas 1 (tahun 6)

http://www.mediafire.com/?jekgzivxggy - kertas 1 (tahun 4)

http://www.mediafire.com/?zzfytpbsgw9 - kertas 2 ( tahun 4,5 dan 6) untuk kelas bercantum

Tuesday, June 2, 2009

PENGALAMAN GURU SK KAPULU - Dugaan Ke Sekolah

PENGALAMAN GURU SK KAPULU - Landcruser Masuk Kolam

SK KAPULU DI ALAM SIBER

Sk Kapulu merupakan sekolah kebangsaan yang dikategorikan sebagai sekolah pendalaman zon 2 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini kerana sekolah ini berada di tengah-tengah hutan dan di celah-celah bukit-bukau. Selain itu, kemudahan komunikasi seperti telefon, radio dan sebagainya tidak dapat dihubungi di sini. Maka, kesukaran untuk pihak sekolah atau pun guru-guru disini berhubung dengan dunia luar amat dirasai. Oleh itu salah satu cara penyebaran maklumat atau pun berita ialah melalui alam siber. Sekolah ini memerlukan perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan sekolah dan guru sentiasa terjaga. Blog Sk Kapulu ini dibangunkan supaya sumber maklumat dapat disalurkan kepada pihak bertanggungjawab. Pengguna akan dapat menerima maklumat, melihat gambar dan video yang telah diletakan di sini. Untuk membaca maklumat pengguna boleh terus membaca disini dan sekiranya ingin melihat gambar dan video pengguna perlu menekan link 'gambar' dan 'video' disebelah kanan blog. Semoga segala paparan disini akan diambil perhatian dan sumber maklumat bagi pengguna dan pihak yang bertanggungjawab.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAPULU

Sekolah ini terletak di dalam kawasan atau daerah Tenom di negeri Sabah. Sekolah ini telah di kategorikan sebagai sekolah zon pendalaman. Ini kerana lokasi kedudukan sekolah ini berada di celah-celah bukit-bukau dan hutan rimba. Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung di kawasan itu iaitu Kampung Kapulu. Sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan satu tingkat yang merangkumi sebuah pejabat atau bilik guru dan 3 buah kelas. Atas inisiatif guru-guru di sini sebuah perpustakaan telah diwujudkan dengan mengambil separuh daripada sebuah kelas. Pada tahun 2009, bilangan guru yang telah ditempatkan disini ialah 6 orang termasuk seorang Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan dibantu oleh 4 orang guru biasa. Bilangan pelajar pula seramai 30 orang. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini berasakan kepada konsep kelas cantum iaitu sebuah kelas tahun 1, tahun 2 dan 3 dan tahun 4,5 dan 6.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN / INFO

FACEBOOK