SK Kapulu merupakan sebuah sekolah kategori sekolah kurang murid. Sekolah ini juga dilabelkan sebagai sekolah pedalaman 2. Sekolah ini terletak di sebuah kampung bernama Kampung Kapulu dan berada didalam kawasan Kemabong, Tenom.
Bagi sesi persekolahan 2012, jumlah murid adalah 31 orang dan jumlah kakitangan ialah 11 orang iaitu 10 orang guru dan seorang pembantu tadbir. Pihak sekolah berharap dengan adanya blog sekolah yang telah dibangunkan ini dapat membantu pihak berkaitan mendapatkan info serta maklumat yang diperlukan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah di email
skkapulutenom@gmail.com

